Pages

Sunday, December 23, 2012

si penakut.

assalamualaikum.


kalau kau tanya aku hal dunia., belum pasti aku dapat memberikan kau jawapan yang sesungguhnya kerana aku hanya tinggal di satu sudut dunia, dan persepsiku hanya berpandukan dunia yang aku kenali.

aku si penakut, yang risau tentang pandangan dunia terhadapku. takut dengan kegelapan yang menyelubungi hati aku perlahan-lahan memakan keyakinan ku terhadap diri sendiri. perlahan-lahan mengheret aku bersama di dalam kegelapan sedang ironinya aku sendiri benci kepada kegelapan itu.

aku bukan sang puteri yang ditabur dengan wang kertas dan hias permata, bukan juga si pandai yang sentiasa menjadi rujukan dan ditepuk gemuruh, bukan jua si cantik yang memikat mata yang memandang.

aku hanya si penakut yang takut hatinya bakal terluka atas keberaniannya sendiri. yang mungkin akan terluka kerana dia hatinya sudah memang tersedia rapuh, penuh dengan retakan akibat perbuatannya sendiri dan apabila satu hentakan kecil tercipta di antara retakan itu, maka runtuh la seluruh binaan itu.

si penakut yang selalu risau perbuatannya bakal menjadikan dia seorang yang dibenci dan ditinggalkan, meski terhadap orang yang berkongsi darah dagingnya sendiri. kerana semua yang dicinta itu, dan semua yang ada, sudah menjadi ketentuan bakal pergi satu hari nanti. dan aku takut pada satu hari nanti itu.

namun aku bukan si penakut yang menggigil pada kejahilanku terhadap dunia. aku tahu dunia itu didepanku, dan satu hari nanti aku pasti hidup di dalam dunia itu. tapi sebelum itu, biar aku bersedia menghadapi dunia itu dulu dengan sebaiknya, sebelum aku melangkah kedalamnya, kerana masa itu tidak membenarkan aku berpatah balik untuk memperbaiki kesalahan yang sudah aku lakukan.

dan dari itu, si penakut ini akan berusaha berjalan di dalam kegelapan bersuluhkan hati yang kental.



* rindu*

No comments: