Pages

Friday, July 27, 2012

Cintaku.

kalau kau kata aku bukan sang pencinta, 
mungkin kata mu benar. 
kerana aku merasa tidak layak untuk mencintai seorang lelaki,
dan tidak layak untuk dicintai oleh lelaki,
sedang cintaku pada Penciptaku tidak sekuat cintaku terhadap insan yang bernama lelaki itu.

aku malu untuk menangis kerana lelaki,
sedang tangisku ke atas Penciptaku jarang membasahi pipiku. 
aku malu untuk memuja lelaki,
Padahal seluruh jiwaku seharusnya ku serahkan pada Penciptaku,
yang menciptaku dengan cukup sifat.

cinta itu aku harus sandarkan kepada Yang Esa,
kerana kalau bukan kerana Dia yang mencipta rasa cinta itu,
Kita tidak mungkin mampu merasa bahagia.

=)

No comments: