Pages

Wednesday, August 26, 2009

GADISKU....

sesuatu untuk kita renungkan bersama...=]


Gadisku,
Sesungguhnya kejadian mu terlalu unik,
Tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok,
menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang.
Kau umpama sekuntum bunga,
Harum aroma mu bias menarik sang kumbang untuk mendekatimu,

Namun...
Tidak semua bunga senang didekati sang kumbang lantaran duri yang memagari diri,
Umpama mawar merah, dari jauh sudah terhidu keharumannya....
Panahan warnanya yang terserlah indah mengundang kekaguman kepada sang kumbang,
Berfikir beberapa kali untuk mendekatinya....


Gadisku....
Aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah,
Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan MALU,
Yang bertunjangkan keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah...

Hiasilah wajahmu dengan titisan wuduk,
Ingatlah ciri2 seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya...
Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah...
Umpama sebutir permata didedahkan utk perhatian umum,
Dengan sebuah permata yang diletakkan dalam bekas yang tertutup,
Sudah pasti keinginan naluri
lebih kuat utk melihat sesuatu yang tersembunyi,
melebihi sesuatu yg terdedah...


Wanita solehah yang patuh dan taat kepada al-Khaliq,
Dalam melayari liku2 kehidupannya,
adalah harapan setiap insan yang bernama Adam...
namun segalanya memerlukan pengorbanan,
dan mujahadah yang tinggi...
Kerana bertentangan dengan nafsu serakah,
yang bersarang dalam dirimu...
Lebih2 lagi dengan title gadis yang engkau miliki,
sudah pasti darah muda mu,
Mencabar rasa dan keimanan yang ada...

namun ingatlah gadisku,
Sesiapa yang inginkan kebaikan,
Maka Allah akan memudahkan jalan2 baginya ke arah itu,
yang paling penting gadisku,
Engkau miliki azam, usaha dan istiqamah...


Gadisku....

Akuilah dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakkan lelaki,
Seandainya pakaian malu mu kau tanggalkan dari tubuhmu,

Maka,
Sudah tidak ada perisai yg dapat membentengimu...
Sesungguhnya Adam menyatakan bahaya dirimu,
Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar ,
Yang lebih bermaharaja lela selepas wafatku,
Terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca dari kaum wanita...


Oleh itu gadisku...

setiap langkah dan tindakanmu
Hendaklah berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah,
Jangan biarkan sesekali sesiapapun..
Mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu...
Sesungguhnya ALLAH Taala telah mengangkat martabatmu,
setaraf kaum Adam...

Kau harapan ummah dalam melahirkan
para mujahid dan mujahidah
yang bakal menggoncang dunia
dengan sentuhan lembut tanganmu....


Gadisku....

Dalam hidupmu engkau ingin menyayangi dan disayangi,
Itulah fitrah semulajadi setiap insan...
Namun ramai antara kaummu yang tewas kerana CINTA...

Bercinta tidak salah,
tetapi memuja cinta itu salah...

Hal ini demikian kerana cinta,
manusia sanggup menjual agama...
dan kerana cinta..
maruah tergadai...
Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi,
sebahagian besarnya kerana cinta...
Benarlah sabda Rasulullah SAW membawa maksud,

" sesungguhnya cinta itu buta."

Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu,
Dalam membezakan perkara yang hak dan batil
Sekiranya engkau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu semata-mata
dan bukan kerana Allah SWT...

Sebelum engkau mendekati cinta, CINTAILAH dirimu terlebih dahulu..

CINTAILAH dirimu yang unik itu dengan mengkaji hakikat kejadian dirimu yang begitu simbolik,

lalu mengalami proses pembentukan yang sempurna hasil rencana ALLAH...

Semoga perasaan sebegitu dapat melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadap Allah dan dengan itu,

Akan timbul cinta dan kasihmu terhadap penciptamu...

Gadisku...

Menyintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk,

adalah cinta yg hakiki dan ABADI......

i get this from my senior ms ak masi kat smesh dlu....sesuatu untuk kita renungkan dan fikirkan bersama... kita suma manusia biasa [termasukla ak skali..] and belum terlambat lg untuk kita memperbaiki kesalahan kita... ;]

1 comment:

♥ me_eyanz ♥ said...

andai aku bole putar masa...